Free Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generator
Free Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generator

Free Glitter Text Generator

Tuesday, October 26, 2010

PALESTIN....


Isnin ,25/10/2010 – Yayasan Tadamun Antarabangsa (perpaduan) untuk hak asasi manusia berkata tentera Zionis Israel (IOF) telah menculik tiga mahasiswa Palestin dari universiti kebangsaan Al-Najah awal Khamis lalu selepas menggeledah rumah mereka di bandar Nablus.
Penulis jurnal, Nawwaf Al-Amer, ayah kepasa salah seorang mahasiswa bernama Ibrahim memberitahu yayasan yang pasukan Israel menyerbu rumahnya pada waktu subuh di kampung Kafr Kalil dan mengambil anaknya sambil ditutup mata serta tangannya diikat dan dibawa ke pusat soal siasat Petah Tikva, dan menyatakan anaknya hanya mempunyai tempoh sebulan lagi sebelum tamat dari sekolah undang-undang.
Pasukan itu juga menculik dua pelajar lain dalam bidang teknik dari rumah mereka di Nablus dan membawa mereka ke pusat-pusat tahanan. Kedua-duanya sepatutnya tamat tahun ini.

Tentera Abbas Tangkap 8 Aktivis Hamas
Isnin ,25/10/2010 – Tentera di bawah Mahmoud Abbas hari ini telah menagkap 8 akitivis Hamas di beberapa daerah. Antara daerah yang terlibat ialah Ramallah, Hebron dan Tulkram. Mereka semua di tahan atas arahan Zionis Israel.Kebanyakkan mereka yang ditangkap dizalimi dan didera dengan begitu zalim. Keadaan kesihatan mereka juga semakin teruk dan layanan terhadap mereka amatlah menyeksakan. Selain itu, mereka yang ditangkap akan dipindahkan antara penjara yang ada.

Afrika Selatan Mencadangkan Inisiatif Untuk Menamatkan Perpecahan di Palestin
Isnin ,25/10/2010 - Afrika Selatan mencadangkan satu inisiatif untuk menamatkan pembahagian dalaman Palestin dan mendapatkan persetujuan dan kestabilan berdasarkan pengalaman Afrika Selatan.
Bekas pengerusi Majlis Amanah dan Kestabilan Afrika Selatan, Alexander Boraine mengumumkan pelancaran kempen dengan Hamas dan Fatah untuk memperkenal pengalaman Afrika Selatan dalam menamatkan konflik dalaman Palestin.
Boraine mengatakan dalam satu sidang media yang diadakan di Ramallah pada rabu bahawa dia baru0baru ini bertemu dengan pemimpin Palesti dari Hamas, Fatah dan pihak bebas untuk meyakinkan mereka untuk melawat Afrika Selatan dan mendengar pengalaman penduduk Afrika Selatan yang merasai pembunuhan, penyeksaan dan sebagainya, lantas terpaksa memilih kepada perdamaian dan kestabilan.

Rabbi Yahudi Membenarkan Rakyat Palestin dijadikan Benteng Manusia
Isnin ,25/10/2010 - Seorang Rabbi Yahudi telah membenarkan penggunaan orang awam Palestin sebagai benteng manusia meski ia boleh mengakibatkan mereka terkorban.
Yitzhak Shapira, pengarah sebuah sekolah Yahudi di Tebing Barat, memberitahu akhbar harian Haaretz pada Khamis bahawa apa-apa sahaja boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa Yahudi berdasarkan ajaran Taurat. Dia berkata, nyawa seorang Yahudi adalah lebih berharga daripada orang lain tidak kira sama ada tentera atau tidak.
Tiada rakyat Israel patut membahayakan dirinya demi orang bukan Yahudi meskipun orang awam, Shapira berkata.

Netanyahu: Tidak akan kembali kepada sempadan 1967, Jerusalem terus di bawah taklukan rejim Zionis
Isnin ,25/10/2010 – Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu mengulangi lagi pendiriannya yang menolak perdamaian berpanjangan yang mengiktiraf kedaulatan Negara Palestin seperti yang tertubuh pada tahun 1967 dengan Jerusalem sebagai ibu negaranya.
Netanyahu yang berucap pada majlis memperingati ulangtahun ke 15 pembunuhan bekas Perdana Menteri Yitzhak Rabin pada Rabu malam lalu, menegaskan bahawa negara haram Israel tidak akan kembali kepada persempadanan seperti pada tahun 1967 dan Jerusalem akan terus kekal di bawah taklukan rejim Zionis.
Tambahnya lagi, pembinaan penempatan (haram Yahudi) yang menyebabkan terhentinya perbincangan ke arah perjanjian damai antaranya dengan pihak berkuasa Ramallah sebenarnya tidak bercanggah dengan proses politik.

Sunday, October 24, 2010

Secebis Ingatan Buat Adam...


Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini...

MAK DAN AYAH....

IBUKU....

TANDA-TANDA HATI KITA KERAS...


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Friday, October 22, 2010

Mesir Masuk Ke "Fasa Paling Bahaya" Pembinaan Tembok Besi


Jumaat ,22/10/2010 – Kereta kren besar yang bekerja dekat Gerbang Salah Ed-Din, pemisah antara Jalur Gaza dan Mesir kini sudah masuk ke fasa menanam plat besi jauh ke dalam tanah, untuk menghalang rakyat Palestin yang selama ini boleh menyeludup masuk melalui terowong bawah tanah.
Tembok hampir siap ini yang ditaja oleh Amerika Syarikat, dan ditambah dengan plat bawah tanah yang berukuran 5 cm tebal dan 20 m dalam (klik pada gambar) akan merangkumi jarak sejauh 10 km merentasi Rafah yang terletak bersebelahan dengan Gaza.
Datuk Bandar Rafah (di Selatan Gaza), Isa An-Nashar, menjelaskan bahawa pihak Mesir bekerja siang dan malam untuk menanam plat besi ke dalam tanah di zon Salah Ed-Din ini (yang merangkumi 2 km), dan menjelaskan lagi bahawa kerja-kerja ini sudah bermula sejak awal bulan lagi, hanya kawasan ini (Salah Ed-Din) yang berbaki untuk dilengkapkan dengan plat bawah tanah.

Thursday, October 21, 2010

Perasaan wanita, lelaki harus hormati...



Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.
Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.
Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.
Mengantuk disorongkan bantal.
Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana.
Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.
Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.
Anda mahu pergi jauh, pergilah.
Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.
Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka?  Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.
Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.
Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.
Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!
Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.
Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?
Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.
Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.
Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.
Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".